SEGALANYA ADA DISINI 🌸
Tuesday, 4 April 2017
PENGALAMAN TEMUDUGA SPA8 (SEPARA PERUBATAN U29) 2016
Thursday, 21 April 2016
PENGALAMAN UJIAN KELAYAKAN GURU (UKCG) 2016
Haiiiiii adik-adik yang bakal menduduki ujian UKCG atau lebih dikenali sebagai ujian kelayakan guru . Saya disini ingin berkongsi waktu pengalaman ujian ukcg yang saya duduki ketika tahun 2016 .Sebelum tu saya ingin ucapkan TAHNIAH kepada adik- adik telah mendapat tawaran ujian ini. Ini dah kira bersyukur tau dapat tawaran sebegini at least adalahlah jugakan pengalamankan.
Okeyyyy, ujian ukcg waktu itu saya dapat di Institusi Perguruan Kampus Bahasa Antarabangsa ,kuala lumpur. Saya sebenarnya berasal dari tawau, sabah tapi dapat kat sana, jauhkan? Tapi kata orang,"jauh perjalanan luas pemandangankan"cia cia ciaaa hahhaha.Kawan-kawan baru pun ramai dapat tau Syukur Alhamdullilah saya ada family kat kl jadi senanglah urusan saya kat sana, takda lah sesat kat bandaraya kl kan. Huhu. Ada dua orang kawan saya tu dapat kat kl juga, tapi di Institusi Perguruan Bahasa Melayu dekat je dengan ipgkba,oleh sebab jauh and tiada family kat sana diaorang tak dapat pergi.Diaorang kata "takpa lah bukan rezeki" ,redha ja .Saya pula rasa nak nangis waktu dengar ayat tragis member saya . Hm. Back to the point.
Ujian ukcg ni ada dua, pertama ujian bertulis dan yang kedua pula ujian kecergasan fizikal ,haaa yang ujian fizikal ni memang kena fit lah kalau tak memang pancit awal rugi je, menyesal tak sudah hhahahaa
Ujian bertulis ni senang gila percayalah kata saya ni and takkan berubah dari tahun ke tahun.Macam jawab kertas OMR waktu spm dulu2 hanya tanda serta hitamkan .For sure senang sebab soalan ni berkaitan psikologi macam sifat kita begitulah.Ni terpulang dari diri sendiri nak jawab jujur dari hati ka atau jawab macam kita ni memang orang perfect.Di ingatkan setiap soalann tu ada markah ya .Hehee.Soalan dia memang lawak sungguh and sungguh tidak di sangka2, saya hampir ketawa besar ketika baca soalan dia tapi terpaksa tahan sebab pensyarah yang jaga kitaorang tu garang.
Paper ni terbahagi kepada dua bahagian, bahagian A ada 135 soalan jawab dalam masa 40 minit manakala bahagian B pula ada 60 soalan jawab dalam masa 15 minit.Singkatkan masa? Kena jawab laju-laju lah tapi berhati-hati okey. Tips penting kat sini,tips turun temurun cewahh hahah, jawab laju tapi jangan ada satu soalan pun yang tertingal, pastikan JAWAB SEMUA SOALAN! DI ULANGI, JAWAB SEMUA SOALAN .Kalau laju jawab konfom dapat semak balik berkali-kali macam saya. Hahahahha, saya jawab laju tapi berhati-hati, sempat lagi saya semak berkali2 lelws.
Naaaa, berkenaan Ujian kecergasan fizikal pulaa, ujian kecergasan pada tahun 2016 ini ada kelainan sikit yaa berbanding tahun-tahun sebelumnya, tak banyak cuma sikit sahaja aktiviti yang ditukar. Antara aktiviti itu ialah :
(a) BMI
(b) Bangkit tubi bervariasi
(c) Tekan tubi
(d) Jangkauan Melunjur
(e) Bleep test
Adik-adik yang dikasihi setiap aktiviti ini ada markah tertentu ya.Buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh yaa agar dapat markah tinggi tapi janganlah terlampau paksa diri pula, nanti lain jadi nya hahah.Advice terbaik saya, kalau dah tahu dapat tawaran untuk ujian ukcg, banyakkan buat research untuk mengetahui ujian apa yang akan kamu lakukan dan buat latihan seperti berjoging agar ada stamina, jangan malas okey. Penting tu!
Mengenai aktiviti pertama,bmi , senang je ni hanya diambil berat badan kita dan ukur ketinggian kita.Waktu tu berat saya dah 49kg naik 5kg kot haduh terkejutlah of course biasalah kalau dah jadi penganggur lepasan spm, berat pun naik Tinggi saya pula waktu hanya 152cm , pendekkan? Sedih woi nak jadi pramugari sambilan pun tak lepas, kena 154cm kan? Nenek saya pernah kata macam ni "Macam manalah didi nak jadi cikgu kepada budak2 ni, kecik aje badan" lelws tapi alhamdullilah bmi saya seimbang dan dapat full marks 15 out of 15 .
Seterusnya aktiviti kedua pula ialah bangkit tubi bervariasi ni ada lima cara. Jujur saya katakan, bagi saya aktiviti ni lah paling hard. Walaupun saya kurus cewah hahah, saya tak dapat angkat badan saya walaupun pada cara yang pertama .Sedih hidup. Saya dah banyak kali buat latihan kat rumah takdapat juga buat.
Waktu kat ipg, saya buat bersungguh sungguh angkat badan saya, senior2 ipg yang baik hati waktu tu siap bagi semangat lagi kata"sikit lagi,sikit lagi dik dah nak sampai tangan kat lutut" ,saya dah malu gilaaa tapi kena tahan lah hahaha tapi tak dapat buat juga . Ada kawan saya tu kira gempal juga dapat buat sampai empat cara , fuhhh cayalah! saya cemburu habis kat dia . Oleh sebab semangat waja saya tu, senior ipg yang jaga saya waktu tu bagi juga markah, at least adalah juga kan markah walaupun sikit.
Ini ada dua kali percubaan juga setiap cara , sekiranya ,percubaan pertama tak dapat , di bagi peluang lagi percubaan kedua.Contohnya,bangkit tubi cara pertama kamu lepas, cara kedua lepas juga,cara ketiga lepas lagi then cara yang keempat percubaan pertama badan tak terangkat, percubaan kedua pon tak dapat juga. So,terhentilah aktiviti kamu setakat ini sahaja .
Huhu so adik2 jangan putus asa ah, buat seja walaupun susah mana. Jangan risau sebelum sesi ini bermula senior ipg akan tunjukkan demo kepada kita atau buka link ini.
Tekan tubi pula adalah aktiviti terbaru dalam ujian ini menggantikan kilas sisi. Ini memang berotot punyalah pergh, kena warm up ah tangan kalau tak memang sakit and bergegar tangan lepas buat fuhh. Ini pun demo akan di tunjukkan , tekan tubi ikut masing2 lelaki punya cara dan perempuan punya cara.Ini ada dua kali percubaan juga, cubaan pertama saya memang push habis, saya dapat buat 34 saja dan markah 12/15 ,pergh hampir je full mark. Sayang kot dah lah menderita tangan. Jadi saya try lagi cuba kedua, konon nak beat nombor cubaan pertama , tapi sampai ja kiraan kedua dah rebah hahahah
sakit woi tangan ketawa ja senior ipg tu , tapi tak pa, dia kira nombor yang paling banyak sahaja.
Aktiviti seterusnya ialah jangkauan melunjur, ni semua mesti tau kan. Yalah kat sekolah menengah selalu buat waktu ujian segak dulu, wajib punyalah ada. Ni kena pinggang elastik. HAHAH. Ini ada dua cubaan juga, antara dua cubaan itu dia kira yang paling tinggi yang dapat kita capai. Saya dulu ada ikut latihan taekwondo jadi pinggang boleh la elastik ciaa, poyo sikit jangan ikut ah perangai buruk saya ni. saya dapat full mark dalam aktiviti ni, 15 out of 15 ,waktu tu macam 41cm ka saya dapat capai, tak silap lah. Heheh Tips saya sini nak lembutkan pinggang setiap bangun pagi buat streching buka kaki luas2 macam split kaki tu. pakai stoking kalau nak mudah heheh.Memang awal2 sakit tapi lama2 kalau dah biasa okey ja tu. Trust me. Nak dapat apa yang kita nak kena berusaha kan?
Lastly , aktiviti terakhir sekali dalam ujian kecergasan fizikal ni ialah bleep test, serius ini penat gila, penat nak matey, kalau you all tiada stamina atau before this tiada joging or skipping dekat rumah for sure awal2 dah pancit kot.Ni full mark dia tinggi habis 40 markah tak silap.Bleep test ni ada banyak stage dan level, siapa budak plkn memang diorang dah biasalah aktiviti ni, tapi dalam ujian segak kat sekolah pun ada juga bleep test ni. Takkan tak tahu kan hehehee.
Perempuan kalau nak full mark kena capai target stage 6.1 , and kalau lelaki pula 7.1 .Ni nafas kuda memang fuhhh tapi kalau dah stage 5 ke atas kira selamat dah tu. Kalau setakat lulus sahaja stage 3.1 , bawah daripada itu memang tipis sangat peluang nak dapat ipg hhuhu.
Di ingatkan, buatlah warm up dahulu sebelum melakukan bleep test ini yaa, kawan saya kat sabah, dia cerita kat saya, kaki dia krem ketika berlari, waktu tu dah stage 3 ke atas, dia nak buat lagi tapi tak boleh dah, sedih di hati hanya tuhan yang tahu. Tapi dah takdirkan So, ambillah pengajaran ya adik-adik.
So, sampai sini sahaja perkongsian saya sekiranya ada pertanyaan, komenlah ruangan di bawah, dan saya akan jawabkan pertanyaan anda itu, Good luck yaa !!!