So entri kali ini saya ingin share kan tentang pengalaman saya temuduga SPA semasa tahun lalu . Harap dapat membantu kamu semua !
Perkara penting yang harus titik beratkan ialah PENAMPILAN,PERSEDIAAN FAIL PERIBADI DAN PERSEDIAN MENTAL SERTA PENGETAHUAN AM.
(I)PENAMPILAN
Saya straight to the point okey , taknak cerita panjang lebar cerita benda karut marut. Penampilan adalah sangat penting ketika temuduga dan mostly waktu temuduga yang saya nampak tidak banyak yang mengambil berat dari segi pemilihan warna baju sesuai untuk temuduga , walhal itu adalah first impression orang terhadap kita . Saya ingin kongsikan cara berpakaian untuk wanita sahaja ye sebab kalau untuk lelaki saya kurang pastilah pula . Maaf ye kaum adam !😅
Bagi wanita ,
-Jangan sesekali memakai shawl tak kiralah shawl fashion apa apa ,ini adalah sangat pantang waktu menghadiri temuduga spa .Just guna tudung bawal hitam bukan bawal crepe ye , just tudung bawal hitam. Nice and simple !
Ini adalah kerana mengikut pengalaman rakan-rakan lain yang dah menghadiri temuduga lebih dari 2 atau lebih (maksudnya tak lulus temuduga sebab tu banyak kali temuduga nak cuba nasib lagi) , 2 temuduga pertama mereka pergi , diorang pakai shawl . Haaaa ni kesalahan besar diorang lakukan , diorang pun ngaku juga , so temuduga yang the next lagi , mereka dah serik dah diorang terus pakai tudung bawal hitam dah and alhamdullillah diorang lulus temuduga 😁✊🏻
-Seterusnya, dari segi warna dan fashion baju kurung , elakkan memakai baju yang berwarna terlalu terang seperti merah dan kuning . Warna pastel adalah sangat sesuai dan warna coklat serta kelabu juga boleh menambahkan element elegen pada diri kita . Dari segi fashion pula , cukup la baju kurung biasa ye takyah la terlalu berfashion , ni bukan nak pergi fashion show .
-Kasut kulit bertutup hitam dan sarung kaki mesti lah berwarna hitam atau kulit .Kalau nak tinggi kasut , memadailah hanya pakai satu dua inch sahaja .
(II)PERSEDIAAN FAIL PERIBADI
Ini juga adalah sangat penting ! Buat persediaan fail dari rumah ye , jangan sesekali buat kat pejabat temuduga , nampak sangat tak sedia tu dan jadi gelabah pula . Susunan sijil di dalam fail juga perlulah di titik beratkan . Warna fail tu sebaiknya berwarna hitam atau biru tua , agak nampak kita ni lebih berkarisma lah 😂
Ini adalah susunan sijil dalam fail kita :
-Surat Tawaran dan borang yang akan di berikan sewaktu temuduga
-Resume /Biodata diri
-Original IC dan Surat lahir ( lekat dalam satu kertas putih sebelum masukkan ke dalam fail)
-Original keputusan SPM ( sebaiknya lekat keputusan spm tu di kertas putih baru masuk kan dalam fail agar nampak kemas)
-susun sijil kokurikulum start tahun yang terbaru sehingga tahun lama contoh 2017-2010 .
-Semua sijil yang telah di photostet seperti yang di minta .
(III) PERSEDIAAN MENTAL DAN PENGETAHUAN AM
Setiap orang yang pergi ke temuduga mesti menpunyai soalan yang berbeza beza kan . Tapi soalan soalan am yang harus kamu tahu adalah seperti :
-Maksud logo kkm
-Nama menteri kesihatan malaysia
- Nama ketua pengarah hospital di daerah negeri kamu , contohnya saya tinggal di daerah tawau ,sabah so saya kena tahulah siapa orang tersebut di hospital Tawau .
-Deskripsi tugas bagi jawatan yang kamu pilih
-Moto KKM
Waktu saya di ruangan menunggu , saya berkenalan dengan rakan rakan baru dan bercerita banyak perkara untuk menghilangkan rasa gugup saya sebelum masuk ke bilik temuduga .Benda ni berkesan tau! Cubalah try , kalau rasa nak hilangkan nervous yang terlampau sangat tu hahaha .
Apabila nombor saya dipanggil , saya berdiri dengan penuh yakin , tarik nafas sebentar di depan pintu , ambil masa selama satu minit then baru saya ketuk pintu . Bagi salam okey jangan main redah je , selagi penemuduga belum kata "masuk" , jangan suka hati redah okey ! 😂
Waktu ni serlahkanlah keyakinanmu dan senyum biarpun penemuduga tu muka ketat je , kadang kadang tu saiko diorang je . Haaa , jangan takut okey ! Biasanya penemuduga , ada dua orang . Dan dua orang ni kebiasaanya juga kuat saiko tau , nak tengok sama ada kita ni mampu berkerja di bawah tekanan ke atau tidak , so apabila diaorang soal macam ni "betul ke awak boleh buat ? " , kamu balas sahaja dengan penuh yakin , "
Yaaa saya yakin saya boleh buat ! Kerana saya mampu blah blahh blahhh ....." , Bagitau kemampuan yang kamu boleh buat , jangan rasa malu , malu youu rugi mah !😂 Sebab tu saya kata keyakinan penting tau , tak perlu lah malu malu kucing gitu .
So , macam biasa perkenalkan diri anda dengan ringkas ,contohnya : Nama saya _________ dan berasal dari __________ . Saya berumur ________.Keputusan spm bagi subjek sains saya ________. Pada masa ini , saya tidak menyambung mana-mana universiti awam atau swasta kerana__________ .
Antara soalan saya yang ditanya ,
(1)Apakah tugas seorang MLT ?
(2)Memandangkan kamu mengambil subjek biologi sewaktu spm , mesti kamu tahu mengenai kumun , apakah jenis2 kuman ?
(3) Okey sekarang , sewaktu spm kamu mesti tahu kan apa jenis-jenis sel darah putih, senaraikan ia .
(4) Kamu tahu kan kerja MLT ni kaji air kencing, najis , kamu tidak geli ka dengan benda begitu ?
(5)Kalau kamu di berikan jawatan lain selain MLT , adakah kamu setuju ?
(6) Adakah soalan soalan yang ingin kamu tanya ?
Nak kata susah tu , mungkin juga tapi alhamdullilah saya boleh jawab juga kesemuanya . Nasib saya masih ingat lagi subjek biologi tu 😂 kalau tak , tak tau lah . Waktu temuduga tu , umur saya masih lagi 18 tahun so adalah masih ingat sikit sikit subjek biologi tu. Satu pesanan saya disini waktu jawab soalan tu keyakinan adalah tersangat penting, saya sarankan jangan la terlalu serius , kamu boleh selitkan lawak atau gurauan yang tidak berlebihan agar penemuduga selesa dengan kamu.Berkenaan fail peribadi saya tu , penemuduga berikan pujian tinggi cewah , beliau ingatkan saya dah banyak kali dah temuduga spa sedangkan itu adalah pertama kali buat saya 😂So alhamdulillah saya berjaya lulus temuduga dan sekarang saya sambung study di Kolej Teknologi makmal perubatan , Kuala Lumpur untuk sesi Januari 2017 .
Assalam sis , kan blh mohon banyak latihan utk spa8 tu tapi time temuduga dia just tanya yang pilihan pertama kita atau dia tanya semua yang kita pilih ?
ReplyDeleteSy dpt simpanan je😂
ReplyDeleteWassalam , depends juga , kadang random dia pilih . Simpanan insyaAllah akan kena panggil tu 😁
DeleteAssalam sis kalau pkai tdung bawal selain hitam akan ggal ke?
ReplyDeleteSalam nak tanya...lama x nak dapat surat rasmi dri spa lepas dripada tarikh lulus temuduga tu?
ReplyDeleteGood day sis. Lama ke sis dapat tawaran temuduga tu selepas keputusan spm?
ReplyDeletehaii, bagusnya lulus temuduga. sy akan interview 2 nov ini. urm, tentang resume tu, itu nak resume yang macam mana eh?
ReplyDeleteGoodluck @NernicPreskyna. Saya lulus interview SPA. Syukur sebab first time iv,saya dapat MA. 😇
ReplyDeleteyeahhh...same goes to me even i dah ada degree...syukur alhamdulillah
DeleteHai, boleh saya tahu awk lulus temuduga dia akan hantar emel atau awk cek sendiri ?
DeleteMse iv tu tgh stud deg lg ke @ dh abis?
DeleteAssalam sis. Kalau fail warna pink lembut boleh ke untuk iv swasta ? ��
ReplyDeleteMaaf bertanya..Semasa temuduga wajib pakai tudung ke??
ReplyDelete