Haiiiiii adik-adik yang bakal menduduki ujian UKCG atau lebih dikenali sebagai ujian kelayakan guru . Saya disini ingin berkongsi waktu pengalaman ujian ukcg yang saya duduki ketika tahun 2016 .Sebelum tu saya ingin ucapkan TAHNIAH kepada adik- adik telah mendapat tawaran ujian ini. Ini dah kira bersyukur tau dapat tawaran sebegini at least adalahlah jugakan pengalamankan.
Okeyyyy, ujian ukcg waktu itu saya dapat di Institusi Perguruan Kampus Bahasa Antarabangsa ,kuala lumpur. Saya sebenarnya berasal dari tawau, sabah tapi dapat kat sana, jauhkan? Tapi kata orang,"jauh perjalanan luas pemandangankan"cia cia ciaaa hahhaha.Kawan-kawan baru pun ramai dapat tau Syukur Alhamdullilah saya ada family kat kl jadi senanglah urusan saya kat sana, takda lah sesat kat bandaraya kl kan. Huhu. Ada dua orang kawan saya tu dapat kat kl juga, tapi di Institusi Perguruan Bahasa Melayu dekat je dengan ipgkba,oleh sebab jauh and tiada family kat sana diaorang tak dapat pergi.Diaorang kata "takpa lah bukan rezeki" ,redha ja .Saya pula rasa nak nangis waktu dengar ayat tragis member saya . Hm. Back to the point.
Ujian ukcg ni ada dua, pertama ujian bertulis dan yang kedua pula ujian kecergasan fizikal ,haaa yang ujian fizikal ni memang kena fit lah kalau tak memang pancit awal rugi je, menyesal tak sudah hhahahaa
Ujian bertulis ni senang gila percayalah kata saya ni and takkan berubah dari tahun ke tahun.Macam jawab kertas OMR waktu spm dulu2 hanya tanda serta hitamkan .For sure senang sebab soalan ni berkaitan psikologi macam sifat kita begitulah.Ni terpulang dari diri sendiri nak jawab jujur dari hati ka atau jawab macam kita ni memang orang perfect.Di ingatkan setiap soalann tu ada markah ya .Hehee.Soalan dia memang lawak sungguh and sungguh tidak di sangka2, saya hampir ketawa besar ketika baca soalan dia tapi terpaksa tahan sebab pensyarah yang jaga kitaorang tu garang.
Paper ni terbahagi kepada dua bahagian, bahagian A ada 135 soalan jawab dalam masa 40 minit manakala bahagian B pula ada 60 soalan jawab dalam masa 15 minit.Singkatkan masa? Kena jawab laju-laju lah tapi berhati-hati okey. Tips penting kat sini,tips turun temurun cewahh hahah, jawab laju tapi jangan ada satu soalan pun yang tertingal, pastikan JAWAB SEMUA SOALAN! DI ULANGI, JAWAB SEMUA SOALAN .Kalau laju jawab konfom dapat semak balik berkali-kali macam saya. Hahahahha, saya jawab laju tapi berhati-hati, sempat lagi saya semak berkali2 lelws.
Naaaa, berkenaan Ujian kecergasan fizikal pulaa, ujian kecergasan pada tahun 2016 ini ada kelainan sikit yaa berbanding tahun-tahun sebelumnya, tak banyak cuma sikit sahaja aktiviti yang ditukar. Antara aktiviti itu ialah :
(a) BMI
(b) Bangkit tubi bervariasi
(c) Tekan tubi
(d) Jangkauan Melunjur
(e) Bleep test
Adik-adik yang dikasihi setiap aktiviti ini ada markah tertentu ya.Buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh yaa agar dapat markah tinggi tapi janganlah terlampau paksa diri pula, nanti lain jadi nya hahah.Advice terbaik saya, kalau dah tahu dapat tawaran untuk ujian ukcg, banyakkan buat research untuk mengetahui ujian apa yang akan kamu lakukan dan buat latihan seperti berjoging agar ada stamina, jangan malas okey. Penting tu!
Mengenai aktiviti pertama,bmi , senang je ni hanya diambil berat badan kita dan ukur ketinggian kita.Waktu tu berat saya dah 49kg naik 5kg kot haduh terkejutlah of course biasalah kalau dah jadi penganggur lepasan spm, berat pun naik Tinggi saya pula waktu hanya 152cm , pendekkan? Sedih woi nak jadi pramugari sambilan pun tak lepas, kena 154cm kan? Nenek saya pernah kata macam ni "Macam manalah didi nak jadi cikgu kepada budak2 ni, kecik aje badan" lelws tapi alhamdullilah bmi saya seimbang dan dapat full marks 15 out of 15 .
Seterusnya aktiviti kedua pula ialah bangkit tubi bervariasi ni ada lima cara. Jujur saya katakan, bagi saya aktiviti ni lah paling hard. Walaupun saya kurus cewah hahah, saya tak dapat angkat badan saya walaupun pada cara yang pertama .Sedih hidup. Saya dah banyak kali buat latihan kat rumah takdapat juga buat.
Waktu kat ipg, saya buat bersungguh sungguh angkat badan saya, senior2 ipg yang baik hati waktu tu siap bagi semangat lagi kata"sikit lagi,sikit lagi dik dah nak sampai tangan kat lutut" ,saya dah malu gilaaa tapi kena tahan lah hahaha tapi tak dapat buat juga . Ada kawan saya tu kira gempal juga dapat buat sampai empat cara , fuhhh cayalah! saya cemburu habis kat dia . Oleh sebab semangat waja saya tu, senior ipg yang jaga saya waktu tu bagi juga markah, at least adalah juga kan markah walaupun sikit.
Ini ada dua kali percubaan juga setiap cara , sekiranya ,percubaan pertama tak dapat , di bagi peluang lagi percubaan kedua.Contohnya,bangkit tubi cara pertama kamu lepas, cara kedua lepas juga,cara ketiga lepas lagi then cara yang keempat percubaan pertama badan tak terangkat, percubaan kedua pon tak dapat juga. So,terhentilah aktiviti kamu setakat ini sahaja .
Huhu so adik2 jangan putus asa ah, buat seja walaupun susah mana. Jangan risau sebelum sesi ini bermula senior ipg akan tunjukkan demo kepada kita atau buka link ini.
Tekan tubi pula adalah aktiviti terbaru dalam ujian ini menggantikan kilas sisi. Ini memang berotot punyalah pergh, kena warm up ah tangan kalau tak memang sakit and bergegar tangan lepas buat fuhh. Ini pun demo akan di tunjukkan , tekan tubi ikut masing2 lelaki punya cara dan perempuan punya cara.Ini ada dua kali percubaan juga, cubaan pertama saya memang push habis, saya dapat buat 34 saja dan markah 12/15 ,pergh hampir je full mark. Sayang kot dah lah menderita tangan. Jadi saya try lagi cuba kedua, konon nak beat nombor cubaan pertama , tapi sampai ja kiraan kedua dah rebah hahahah
sakit woi tangan ketawa ja senior ipg tu , tapi tak pa, dia kira nombor yang paling banyak sahaja.
Aktiviti seterusnya ialah jangkauan melunjur, ni semua mesti tau kan. Yalah kat sekolah menengah selalu buat waktu ujian segak dulu, wajib punyalah ada. Ni kena pinggang elastik. HAHAH. Ini ada dua cubaan juga, antara dua cubaan itu dia kira yang paling tinggi yang dapat kita capai. Saya dulu ada ikut latihan taekwondo jadi pinggang boleh la elastik ciaa, poyo sikit jangan ikut ah perangai buruk saya ni. saya dapat full mark dalam aktiviti ni, 15 out of 15 ,waktu tu macam 41cm ka saya dapat capai, tak silap lah. Heheh Tips saya sini nak lembutkan pinggang setiap bangun pagi buat streching buka kaki luas2 macam split kaki tu. pakai stoking kalau nak mudah heheh.Memang awal2 sakit tapi lama2 kalau dah biasa okey ja tu. Trust me. Nak dapat apa yang kita nak kena berusaha kan?
Lastly , aktiviti terakhir sekali dalam ujian kecergasan fizikal ni ialah bleep test, serius ini penat gila, penat nak matey, kalau you all tiada stamina atau before this tiada joging or skipping dekat rumah for sure awal2 dah pancit kot.Ni full mark dia tinggi habis 40 markah tak silap.Bleep test ni ada banyak stage dan level, siapa budak plkn memang diorang dah biasalah aktiviti ni, tapi dalam ujian segak kat sekolah pun ada juga bleep test ni. Takkan tak tahu kan hehehee.
Perempuan kalau nak full mark kena capai target stage 6.1 , and kalau lelaki pula 7.1 .Ni nafas kuda memang fuhhh tapi kalau dah stage 5 ke atas kira selamat dah tu. Kalau setakat lulus sahaja stage 3.1 , bawah daripada itu memang tipis sangat peluang nak dapat ipg hhuhu.
Di ingatkan, buatlah warm up dahulu sebelum melakukan bleep test ini yaa, kawan saya kat sabah, dia cerita kat saya, kaki dia krem ketika berlari, waktu tu dah stage 3 ke atas, dia nak buat lagi tapi tak boleh dah, sedih di hati hanya tuhan yang tahu. Tapi dah takdirkan So, ambillah pengajaran ya adik-adik.
So, sampai sini sahaja perkongsian saya sekiranya ada pertanyaan, komenlah ruangan di bawah, dan saya akan jawabkan pertanyaan anda itu, Good luck yaa !!!
Hai... Nice blog. Nak tanya, saya memang lemah sangat bab sit up... Macam mana kalau saya tak dapat buat satu pun sit up? Boleh kah aktiviti lain menyumbang kepada markah ukcg saya? Dan boleh tanya tak akak lulus ke ujian ukcg masa tu? Hehehe
ReplyDeleteAkak pun memang tak boleh buat sit up dari cara pertama lagi , tapi cuba je buat asal ada nampak usaha kamu nak buat πKalau FC baik diorang akan bagi markah juga tu . Yes, aktiviti lain boleh menyumbang juga , oleh itu untuk aktiviti lain , do the best untuk cover aktiviti sit up yang kita tak boleh buat tu . Dan alhamdullih akak lulus π
DeleteAkak. Skrg ni kiranya akak masuk ipg dah ke cena? Bhgn b tu soalan objektif jugak eh?
ReplyDeleteAkak. Skrg ni kiranya akak masuk ipg dah ke cena? Bhgn b tu soalan objektif jugak eh?
ReplyDeleteHa ahhh objektif je dik senang je jangan risau, dia tanya lebih kepada sifat dan minat kita π
DeleteHaii kak ..info the best lahππkalau masuk untuk tekan tubi..perempuan buat gaya perempuan lah kan?..yang kena lutut tu
ReplyDeleteHa ahh mesti sampai lutut kalau nak gambaran tengok kat youtube ye dik π
DeleteAkak,nak pergi ujian tu kena pakai macam mana?tshirt dngn sluar tracksuit ka?
ReplyDeleteKebiasaanya dik , boleh pakai baju gelap seperti warna hitam , tracksuit pun kena warna hitam atau biru gelap .
DeleteBaju hitam tu kalau ada corak sikit xpakan^^?
ReplyDeleteTakpa asal hitam π
DeleteTapi sy ade baca ade yg ujian bertulis. Betul ke semua ujian objektif?
ReplyDeleteUjian bertulis tu maksud dia lorekkan hitam kat kertas omr kot π
DeleteTahun lalu , memang soalan objektif dia tanya Bahagian A -146 soalan and bahagian B-60 , adik jangan risau sebab dia tanya semua pasal minat ,sifat dan personaliti kita sahaja , kat sekolah dulu guru kaunseling selalu buat kan ujian tentang minat untuk tentukan cita cita kita. Tapi tak tau la pula kalau ada pembaharuan tahun ni π
DeleteSit up tu ada 5 variasi kan? Tapi berapa kali perlu buat?
ReplyDeleteSetiap variasi , banyak kali pun takpe π
DeleteOhhh hahaha nervous nya .. 11.4 nih ukcg
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSyarat bleep test biasanya memang 20 meter , contoh adik lari kehadapan kira level 1.1 , berhenti dulu tunggu bunyi bib baru lari ke pemula semula kira level 1.2 π
ReplyDeleteAkak nak tanya,tekantubitu dia nak per berapa eh ?
ReplyDeleteSampai berapa berapa je yang adik mampu π Kalau nak markah tinggi at least 30 kali lah
DeleteAkak tau tak mcm mana diorang kira markah bmi? Bukan kira markah berat bahagi tinggi tu, tapi cara kira markah yg full mark 15%. Kalau normal dia dapat full mark ke? Kalau bleep test mcm mana nak kira markah akak? Tau tak?
ReplyDeleteAku haritu ujian bleep test di Ipg dpt lvl 6.1 tapi dia bgi 20markah sja aq rasa dia bgi salah sebab max level 7..
DeleteSalah dari segi apa tu ya ? π Sebab permarkahan lain ipg lain cara permarkahan kot .atau dah di kurangkan syarat macam tu la .
DeleteKalau nak kira markah untuk bmi akak tak sure macam mana diorang bagi markah , tapi yang bleep test markah berdasarkan range bleep test , sebagai contoh level 1.0-3.1 4markah ,level 3.2-5.2 6 markah , ini contoh je ye . Hehe sebab waktu akak , memang ada di lekat kat dinding dewan permarkahan bleep test . Senior ipg siap tunjuk kan lagi π
DeleteMasa ujian bertulis tu kena pakai baju sukan ka baju formal
ReplyDeleteKlau laki sampai level 4 je...kira lepas lah???
ReplyDeleteLelaki kena lebih dari level 4 , sebab stamina lelaki lebih tinggi banding perempuan ��
ReplyDeleteHelo.. Ujian sit up tu adaker nak sentuh lutut guna kepala? Atau just angkat bdn
ReplyDeleteHelo.. Ujian sit up tu adaker nak sentuh lutut guna kepala? Atau just angkat bdn
ReplyDeleteNak tanya, time ujian sit up tu, ada org tolong pegangkan kaki kita ke?
ReplyDeleteBorgata Hotel Casino & Spa - MapyRO
ReplyDeleteFind κ°λ¦ μΆμ₯μλ§ the BEST μΆμ² μΆμ₯λ§μ¬μ§ Price (Free Delivery) at Borgata Hotel Casino & Spa in Atlantic City, NJ. κ°λ¦ μΆμ₯λ§μ¬μ§ BORGATA HOTEL CASINO & SPA IN ATLANTIC μΆ©μ²λΆλ μΆμ₯μλ§ CITY, NJ κ²½κΈ°λ μΆμ₯μ΅ 08401, United States.